PENDAHULUAN
Dalam era moden yang serba canggih ini, dunia seolah-olah tidak lagi mempunyai sempadan. Perkembangan teknologi maklumat, internet, serta media sosial telah membuka laluan yang luas kepada pertukaran budaya antara negara. Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang pesat, tidak terlepas daripada menerima tempias budaya luar, khususnya budaya Barat. Budaya ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti cara berpakaian, pemikiran, hiburan, pemakanan, dan gaya hidup secara keseluruhan. Secara tidak langsung, masyarakat Malaysia – terutamanya golongan muda – semakin terdedah dan cenderung untuk meniru budaya yang dianggap moden dan maju ini. Meskipun sesetengah nilai yang dibawa oleh budaya Barat memberikan kesan positif, terdapat juga pengaruh yang menggugat nilai ketimuran dan jati diri bangsa. Justeru, amat penting untuk kita meneliti dan memahami kesan budaya Barat terhadap perubahan gaya hidup masyarakat di negara ini secara menyeluruh.
Comments
Post a Comment